Friday, 26 March 2010
MESYUARAT AGONG PIBG 2010
SMK lANDAS 25 Mac  - Mesyuarat Agong PIBG SMK Landas 2010 akan di adakan pada hari Sabtu 27/3/2010 di Dewan Al-Farabi SMK Landas. Kepada semua ibubapa  guru diminta hadir bagi menjayakan mesyuarat agong ini dalam menentukan hala tuju pendidikan anak-anak. Mesyuarat ini penting sebagai satu tanda aras pemuafakatan antara ibubapa dan pihak sekolah, jika tidak segala aktiviti yang melibatkan anak-anak pelajar kita akan menghadapi sedikit masalah dari segi perjalanannya. Mesyuarat kali ini akan dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu YB Tuan Hj Mohd. Nor bin Othman, yang juga merupakan bekas PPD Hulu Terengganu dan Pegawai Sektor di JPNT
Thursday, 21 January 2010
MAJLIS MEMBUAT BUBUR ASSURA 2010
PROGRAM PERTAMA YANG BERJAYA DIANJURKAN OLEH KELAB GURU SMK LANDAS (SEMELAND) PADA TAHUN 2010. KEJAYAAN INI MENUNJUKKAN PERJALANAN PROGRAM KELAB MENAMPAKKAN SATU YANG PROAKTIF DAN MENDAPAT KERJASAMA AHLI KELAB. SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA DAN SEMOGA PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG TELAH DIRANCANG AKAN BERJALAN TEPAT MENGIKUT TARIKH YANG DITETAPKAN ANTARANYA BERKONVOI BERSAMA KELUARGA KE CAMERON HIGHLAND MENYUSURI LEBUH RAYA KUALA BERANG - GUA MUSANG.
Wednesday, 13 January 2010
NAKHODA BARU 2010
Mesyuarat pembubaran dan perlantikan ajk baru kelab Sameland SMK Landas 2010 telah berlangsung dalam suasana aman dan tenteram. Tidak ada sebarang kekecohan yang timbul semasa sessi peralihan kuasa dari pengerusi lama kepada pengerusi baru. Kelab sebulat suara telah melantik Cikgu Mohd Razapi A.Ghani sebagai Pengerusi baru menggantikan Cikgu Nik Amram Nik Salleh yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang tahun 2009. Penggantian pengerusi ini adalah prosedur biasa mengikut perlembagaan kelab dimana pengerusi hanya memegang kuasa hanya dalam tempoh satu tahun saja. kecuali pada tahun berikutnya mesyuarat memutuskan untuk mengekalkannya. Dalam mesyuarat yang di adakan pada 12/1/10 itu jawatan Naib Pengerusi di sandang oleh cikgu Noor Azmi Sulaiman. Dibawah adalah senarai penuh ahli jawatankuasa kelab Sameland 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)